fbpx
WANG permainan yang digunakan untuk menggantikan wang tulen yang dicuri. – AGENSI

Pengurus bank kebas RM186,000, ganti dengan wang kartun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEOUL – S

SEOUL – Seorang pengurus bank di Korea Selatan mencuri wang lebih 70 juta won (RM186,116) daripada peti besi cawangannya dengan menggantikan wang kertas tulen dengan wang mainan memaparkan haiwan kartun, lapor laman berita Oddity Central.

Pengurus cawangan bank  Saemaul Credit Union di Gyeongju, wilayah Gyeongsang Utara mengaku mengambil sejumlah besar wang daripada peti besi bank dan cuba menutup perbuatannya dengan menggantikan wang kertas tersebut dengan wang palsu.

Foto dan video wang mainan yang digunakan dalam kejadian  pecah amanah itu tular di media sosial. Ia menunjukkan replika kartun wang kertas  denominasi 50,000 won memaparkan haiwan kartun seperti itik dan beruang.

Akhbar Chosun Daily melaporkan,  cawangan bank terbabit kecil  dengan sangat sedikit pekerja, manakala pengurus itu memastikan hanya dia yang mendepositkan wang ke dalam peti besi setiap hari.

Tidak jelas berapa lama penyelewengan itu berlaku tetapi  satu ketika, seorang pekerja melaporkan tingkah lakunya yang pelik kepada pihak atasan dan Saemaul Credit Union melancarkan siasatan.

Dalam satu kenyataan akhbar, Saemaul Credit Union menyatakan, pihaknya memecat pengurus bank terbabit  sambil menambah,  dia telah memulangkan wang yang dicuri dan pihak bank menganggap perkara itu sudah selesai. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN