fbpx

Syahrul teruja kembali tabur bakti bersama Kelantan United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAHRUL (kiri) mengharapkan peluang lebih tinggi untuk bermain bersama Kelantan United musim ini.

PEMAIN sayap baharu Kelantan United, Syahrul Azwari Ibrahim mengakui sangat teruja untuk menabur bakti di negeri kelahirannya selepas gagal memberikan impak diharapkan ketika mewakili Kedah dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) musim lalu.

Bekas pemain skuad Harimau Malaya itu sebelum ini belum pernah berpeluang untuk menabur bakti bersama pasukan negeri kelahirannya apabila dipinjamkan daripada Kelantan untuk beraksi bersama Sarawak pada musim 2016.

Kemudian, pemain berasal dari Tanah Merah, Kelantan itu berhijrah ke selatan tanah air bersama pasukan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) pada tahun 2017 sebelum mengikat kontrak bersama Melaka (2018) dan terakhir bersama Kedah selama dua musim.

Kata Syahrul, prestasinya masih lagi belum berada padai tahap memuaskan ketika mewakili skuad Helang Merah dan semestinya mengharapkan pe­luang lebih tinggi untuk mendapatkan minit permainan bersama Kelantan United musim ini.

“Ada dua faktor kenapa saya pilih Kelantan United dengan pertamanya adalah faktor ke­luarga, selain keyakinan diberikan oleh pihak pengurusan selain melihat pelan jangka panjang, saya percaya pasukan ini boleh melangkah jauh.

“Kini, saya tidak sabar untuk bergandingan dengan pemain-pemain senior Kelantan se­perti Fitri Omar dan Badhri Radzi dalam membantu pasukan mencapai sasaran ditetapkan,” kata pemain berusia 28 tahun itu.

Sementara itu, Pengarah Teknikal, Nazrulerwan Makmor yang memantau sesi latihan sementara Akira Higashiyama diberikan cuti peribadi mengakui sangat berpuas hati dengan komitmen semua pemain.

“Kita fokus pada kecergasan tetapi tetap menjalankan sesi sentuhan bola, pemain nampak bagus. Malah, pemain-pemain baharu juga tidak menunggu lama untuk menyesuaikan diri bersama pasukan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI