fbpx

Suspek kes bunuh warga emas direman selama seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi mayat ditemui dalam bonet kereta di Taman Wawasan, Puchong semalam.

PETALING JAYA – Suspek kes bunuh warga emas dan tinggalkannya di dalam bonet belakang kereta direman selama semimggu bermula hari ini hingga 13 Januari depan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, permohonan reman dibuat polis terhadap lelaki berusia 40 tahun terbabit di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

“Suspek yang juga lelaki dan merupakan seorang ahli perniagaan telah ditahan reman bermula hari ini hingga 13 Januari depan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh mangsa yang berusia 69 tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nik Ezanee berkata, polis menerima laporan kehilangan mangsa susulan anaknya berusia 44 tahun membuat laporan polis.

Katanya, anak mangsa menyedari warga emas terbabit tidak pulang ke rumah 31 Disember lepas pada pukul 9 malam pada 31 Disember dan adiknya memaklumkan menerima mesej daripada sebuah bank milik bapanya terdapat dua transaksi kad kredit milik mangsa.

“Susulan itu, suspek ditahan di Kuala Klawang, Negeri Sembilan dan hasil soal siasat terhadap suspek berjaya mendedahkan lokasi mayat berada yang diletakkan di dalam bonet belakang sebuah kenderaan yang dinaiki mangsa di kawasan Taman Wawasan, Puchong,” ujarnya.

Jelas Nik Ezanee, mangsa difahamkan berselisih faham dengan suspek mengenai isu pembelian tayar.

“Mangsa bertekak bersama suspek kerana dia (mangsa) telah membuat bayaran sebanyak RM500 kepada susupek tetapi tidak menerima bekalan tayar yang dari suspek.

“Selepas itu, suspek bertindak mencekik leher mangsa sehingga tidak sedarkan diri dan seterusnya menyimpan mayat si mati di dalam bonet kereta tersebut,” katanya.

Mengulas lanjut, Nik Ezanee berkata, suspek memiliki rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan pada tahun 2014. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI