fbpx

Gagal patuhi award TTPM, Boy Iman didenda RM5,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon dan penerbit Boy Iman dan syarikatnya DBI Properties Sdn. Bhd. didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan gagal mematuhi award (perintah) Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) berjumlah RM12,000 empat tahun lalu.- Foto Faisol Mustafa

PUTRAJAYA – Pelakon dan penerbit Boy Iman dan syarikatnya DBI Properties Sdn. Bhd. didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan gagal mematuhi award (perintah) Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) empat tahun lalu.

Majistret Shah Wira Abdul Halim menjatuhkan hukuman denda itu sebanyak RM3,000 terhadap Boy Iman atau nama sebenarnya Noruliman A. Rahman, 41, dan RM2,000 terhadap syarikatnya iaitu DBI Properties selepas selebriti itu selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku salah atas kedua-dua pertuduhan tersebut.

Sekiranya Boy Iman gagal membayar jumlah denda itu dia boleh dikenakan penjara setahun dan OKS membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, Boy Iman dan DBI Properties didapati telah gagal selepas 14 hari dari tarikh award TTPM bertarikh 28 Februari 2017 yang dibuat di Pejabat TTPM Putrajaya yang memerintahkan supaya membayar RM12,000 kepada Hanis Mohd. Samah ,58, iaitu pihak yang menuntut dalam tuntutan tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat TTPM Aras 5, Podium 2, No 13, Persiaran Perdana Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya di sini pada 5 Oktober 2017.

Bagi kedua-dua kesalahan itu, OKS dan syarikatnya didakwa mengikut Seksyen 117(1) Akta Pelindungan Pengguna 1999 dan boleh dihukum di bawah Seksyen dan akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum 10,000 atau penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.

Pada 10 Oktober tahun lalu, Mahkamah Majistret Putrajaya telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Boy Iman selepas gagal hadir pada sebutan kali pertama kes tersebut. Tertuduh kemudian telah ditangkap semalam oleh KPDNHEP.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP Azman Adam dalam satu kenyataan menegaskan pihaknya serius dalam isu ketidakpatuhan award dan ketidakhadiran penentang ke mahkamah serta akan mengesan pihak-pihak berkenaan serta melaksanakan waran tangkap kerana kegagalan hadir ke mahkamah.

-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI