fbpx

Wujud bukti kukuh wang RM6.5 juta diserah pada Rosmah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datin Seri Rosmah Mansor

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan menegaskan bahawa wujud bukti kukuh bahawa wang RM6.5 juta diserahkan kepada Datin Seri Rosmah Mansor daripada bekas pengarah urusan Jepak Holdings Sdn. Bhd. Saidi Abang Samsudin berhubung projek membekalkan tenaga solar bernilai RM1.25 bilion kepada 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mengetuai pasukan pendakwaan berkata, kesemua wang masing-masing RM5 juta dan RM1.5 juta dihantar kepada Rosmah secara berasingan di kediaman rasminya di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya dan Langgak Duta di sini.

Menurut pendakwaan, dalam pertemuan yang diatur bekas pegawai khas Rosmah, Rizal Mansor pada 2016, Saidi mencadangkan kepada Rosmah bahawa dia akan menyumbang 10% nilai kontrak kepada suami tertuduh Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai penghargaan terhadap pencapaiannya.

Pada masa sama, Rosmah turut menyatakan  banyak wang diperlukan untuk tujuan politik yang kemudian telah mengarahkan Rizal membawa Saidi dan rakan kongsinya Rayyan Radzwill Abdullah menemui seorang ahli perniagaan bernama Desmond Lim.

Ujar pihak pendakwaan situasi itu telah menunjukkan satu petanda bahawa tertuduh sudah menerima tawaran berkenaan.

Selain Sri Ram pendakwaan turut dibarisi Timbalan Pendakwa Raya Idham Abdul Ghani, Ahmad Akram Gharib , Mohamed Mustafa Kunyalam, dan Poh Yin Tinn.

Sementara, dalam hujahan oleh pihak pembelaan, peguam Rosmah mengatakan bahawa anak guamnya tidak meminta dan menerima rasuah secara peribadi dari syarikat itu tetapi sebaliknya adalah Saidi yang menawarkan wang itu kepada Rosmah sebagai sumbangan politik.

Kata pihak pembelaan itu, sumbangan politik, kata pihak ditujukan untuk Najib, sebagai “tanda terima kasih” untuk menyokong permohonan oleh Jepak dan untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional adalah semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Mereka juga dalam keterangan mengatakan bahawa pihak pendakwaan melalui saksi-saksinya gagal menunjukkan bahawa Rosmah secara peribadi telah menerima kedua-dua beg yang berisi wang itu.

“Justeru pihak pembelaan dengan hormat mengemukakan bahawa tidak ada kes untuk dijawab dan tertuduh harus dibebaskan tanpa pembelaannya dipanggil kerana pihak pendakwaan gagal membuat kes prima facie terhadapnya,” katanya.

Pembelaan dibarisi peguam Datuk Jagjit Singh, Datuk Akberdin Abdul Kadir dan Azrul Zulkifli Stork.

Kesemua hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan itu dibuat secara bertulis yang difailkan di Mahkamah Tinggi di sini.

Rosmah, 69, mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak, Saidi Abang Samsudin menerusi bekas pembantunya, Datuk Rizal Mansor bagi projek membekalkan tenaga solar bernilai RM1.25 bilion kepada 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di tiga tempat berasingan iaitu di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta; di kediaman Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya, antara Januari 2016 hingga 7 September 2017.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI