fbpx

Pencemar sungai berdepan penjara seumur hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Loy Sian (tengah) pada sidang akhbar selepas menyerahkan peruntukkan RM237,200 kepada badan agama Kristian di sini hari ini

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor memberikan amaran kepada mana-mana individu yang menyebabkan pencemaran sungai bakal berdepan penjara seumur hidup mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan (KK) (Akta 574).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar & Teknologi Hijau, Hal Ehwal Orang Asli, Hee Loy Sian berkata, pihaknya memandang serius dalam menangani isu tersebut kepada mereka
yang didapati sengaja melakukan pencemaran air.

“Dua suspek dari sebuah syarikat di Taman Velox, Rawang sebelum ini didakwa mengikut Seksyen 124 KK kerana mendapati ada unsur sabotaj dalam kes pencemaran tersebut.

“Ini kali pertama pihak berkuasa menggunakan akta tersebut bagi mendakwa pihak yang melakukan pencemaran air di negara ini,” katanya pada sidang akhbar selepas menyerahkan peruntukkan fasa kedua bernilai RM237,200 kepada badan agama Kristian di sini hari ini.

Difahamkan sebanyak 11 siri pencemaran telah berlaku di Selangor sepanjang tahun ini.

Dalam perkembangan berlainan, Loy Sian menjelaskan, sebanyak lapan buah kilang haram yang terletak di sekitar sungai di Rawang telah dirobohkan pihaknya kerana beroperasi tanpa lesen.

Tambah beliau, pihaknya juga telah mengenal pasti beberapa premis dan ladang ternakan di Kajang yang turut berpotensi untuk mencemarkan sungai di kawasan tersebut.

“Kita tidak akan berlembut lagi dan pemantauan selama 24 jam dilakukan di sekitar Sungai Selangor bagi mengelakkan pencemaran berulang,” katanya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI