fbpx
Shazeli ketika sidang akhbar di Mes Pegawai Kanan IPK Selangor. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

300 Rohingya dicekup terlibat jenayah di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Seramai 300 etnik Rohingya ditangkap selepas didapati terlibat dalam kes jenayah dalam tempoh 2025 hingga Mei tahun ini. 

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, ini melibatkan 192 kes dicatatkan bagi tempoh sama dengan mereka terlibat dalam pelbagai jenayah seperti kekerasan dan harta benda. 

Menurutnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa mengambil tindakan berterusan dan konsisten serta tidak bergantung kepada musim atau sentimen semasa. 

“Pada tahun 2025, sebanyak 140 kes dicatatkan dengan penangkapan 227 etnik Rohingya . Manakala bagi Januari hingga Mei lalu, telah menangkap 73 orang membabitkan 52 kes. 

“Namun, setakat ini tiada penglibatan etnik tersebut dalam kongsi gelap,” katanya pada sidang akhbar di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini. 

Beliau berkata, isu melibatkan etnik Rohingya sememangnya membimbangkan apabila berlaku sesuatu kejadian susulan terdapat kehadiran mereka yang tidak berdaftar. 

Ujarnya, ini seterusnya menyukarkan proses pencarian atau pengesanan mereka. 

“Jadi, identiti mereka dan kedudukan  mereka tidak ketahui. Ini adalah sesuatu membimbangkan. 

“Namun, PDRM sentiasa bekerjasama rapat dengan Jabatan Imigresen dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam bertukar maklumat selain melaksanakan enam operasi bersapdu pada tahun lalu sahaja,” katanya. 

Mengulas lanjut, Shazeli berkata, setakat maklumat diterima dan diproses dipercayai hampir seluruh daerah di Selangor mempunyai penempatan etnik Rohingya. 

“Namun, jumlahnya tidak dapat dipastikan disebabkan ia dalam keadaan berselerak,” jelasnya. 

Ketika mengulas isu perobohan penempatan, beliau memaklumkan perbincangan telah dan juga telah dijalankan dengan PBT bagi mengenal pasti sama ada ia sah atau sebaliknya. 

“Sekiranya sah maka tidak menjadi masalah. Namun sekiranya penempatan  haram, maka kita akan menyarankan pada pihak-pihak berwajib untuk mengambil tindakan yang sepatutnya. 

“Ini sama ada untuk menjadikannya satu penempatan yang sah atau mengambil tindakan perobohan dan penempatan semula di satu kawasan yang senang dipantau,” katanya. – KOSMO! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN