fbpx
Amirudin mencuba sendiri mesin pengoperasian WTE 1 Jeram, Kuala Selangor. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

Selangor sedia dedah data operasi WTE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA SELANGOR – Kerajaan Selangor bersedia mendedahkan data pelepasan dan operasi Loji Sisa ke Tenaga (WTE) kepada umum bagi memastikan ketelusan dan mengelak kegusaran terhadap teknologi baharu itu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri tidak mempunyai sebarang halangan untuk berkongsi maklumat berkaitan prestasi loji berkenaan termasuk aspek pematuhan terhadap piawaian alam sekitar.

Menurutnya, operasi WTE1 di Jeram sentiasa dipantau mengikut garis panduan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi memastikan tahap pelepasan kekal selamat.

“Kita amat telus dan akan cuba memenuhi sebaik mungkin semua kriteria yang ditetapkan oleh pihak berkaitan.

“Sepanjang bulan pertama operasi WTE1, pengeluaran kapasiti tenaga mencecah 100 peratus manakala kawalan alam sekitar memenuhi tahap ditetapkan,” katanya selepas merasmikan pembukaan operasi loji itu di Pusat Pengurusan Sisa Pepejal Bersepadu (ISWMC) di sini, hari ini.

Loji yang dibangunkan Worldwide Holdings Berhad (WHB) itu mencapai Tarikh Operasi Komersial (COD) pada 13 Mei lalu dan berupaya memproses sehingga 1,500 tan sisa pepejal sehari serta menjana 26 megawatt (MW) tenaga elektrik.

Tenaga yang dijana mampu membekalkan keperluan elektrik kepada kira-kira 26,000 isi rumah bergantung kepada corak penggunaan masing-masing.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN