fbpx
SHYRICHS (tengah) dituduh menculik dan mencederakan pelajar berusia 14 tahun di Mahkamah Majistret Kulim, hari ini.

Kelindan lori culik, cederakan pelajar perempuan dipenjara 38 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULIM – Seorang kelindan lori dihukum penjara selama 38 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menculik seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun di hadapan sebuah sekolah di sini, minggu lalu.

Tertuduh, M. Shyrichs, 39, juga dikenakan hukuman penjara lima bulan atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap mangsa dalam kejadian sama.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa menculik mangsa di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Lela Pahlawan di Padang Serai, di sini kira-kira pukul 6.30 petang, 23 Julai lalu dan tertuduh didakwa mengikut Seksyen 361 Kanun Keseksaan (KK) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 363 KK.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap mangsa di lokasi dan masa yang sama dan kes itu dilakukan di bawah Seksyen 323 KK.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ain Fadilla Mohamad Fauzi, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, V. Nyanasegaran.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 38 bulan bagi pertuduhan menculik dan lima bulan bagi pertuduhan menyebabkan kecederaan dengan kedua-dua hukuman diperintahkan berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN