fbpx
Seorang lelaki berusia 41 tahun maut selepas kenderaan dipandunya terbabas dan merempuh sebatang pokok di Kulai, semalam.

Ajal rempuh pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULAI – Seorang lelaki maut selepas kereta jenis Proton Iswara yang dipandunya terbabas sebelum merempuh sebatang pokok berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar, di sini malam semalam.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Razali Kassmen berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 10.55 malam.

Katanya, sehubungan itu seramai enam anggota beserta sebuah jentera dikejar ke lokasi kejadian.

“Ketika di lokasi, didapati seorang lelaki berusia 41 tahun berada dalam keadaan tersepit di tempat duduk pemandu setelah kenderaan itu merempuh sebatang pokok di bahu jalan.

“Anggota bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, mangsa yang dikenali sebagai A. Ganesan bagaimanapun telah disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Operasi tersebut kemudian ditamatkan pada pukul 11.40 malam.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN