fbpx

Pesara guru rugi RM512,316.18 ditipu ‘Sarjan Fairul’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Rosni.

GEORGE TOWN – Seorang pesara guru wanita berdepan kerugian RM512,316.18 selepas diperdaya sindiket Macau yang menyamar sebagai ‘Sarjan Fairul’ pada 2!Jun lalu.

Kejadian berlaku apabila mangsa berusia 72 tahun itu dikatakan telah menerima panggilan melalui telefon rumahnya yang menggunakan nombor antarabangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil negeri, Asisten Komisioner Mohd. Rosni Mohd. Lazim berkata, mangsa kemudiannya meminta individu terbabit yang mendakwa sebagai anggota polis dari Kota Kinabalu di Sabah itu menghubunginya semula menerusi talian telefon bimbit.

Menurutnya, sebaik menerima panggilan daripada lelaki yang sama, mangsa telah dimaklumkan tentang penglibatannya dengan sindiket wang haram selepas mereka menjumpai bungkusan yang mengandungi lapan kad pengeluaran wang automatik (ATM).

“Mangsa berasa takut dan hanya mengikut sahaja arahan daripada suspek terbabit dengan meletakkan kad bank beserta nombor pin di dalam peti surat rumahnya yang kononnya arahan dari Bukit Aman.

“Pada keesokannya harinya mangsa pergi semula ke peti surat berkenaan dan mendapati kad tersebut sudah tiada. Pada 20 Julai lalu, mangsa pergi ke bank untuk menyemak penyata lalu mendapati wang sebanyak RM512,316.18 telah diambil suspek,” katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, mangsa yang baru menyedari dirinya diperdaya oleh suspek kemudiannya telah membuat laporan polis di Balai Bandar Baru, Ayer Itam pada 20 Disember lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI