fbpx

[VIDEO] Bonda sentiasa sokong keputusan saya- Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kenangan Najib bersama arwah bondanya, Tun Rahah.

KUALA LUMPUR- Banyak memori yang indah dan manis dikongsi antara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan ibunya, Allahyarham Tun Rahah Mohamed Noah.

Namun katanya, yang paling diingati ialah ketika dia mula-mula ingin menceburi bidang politik sewaktu berusia 23 tahun.

“Bonda saya memberi saya sokongan dan menyerah pada saya, maknanya apa sahaja keputusan yang saya buat bonda saya akan sokong dan akan beri bantuan moral, kasih sayang untuk saya berjaya dalam bidang politik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas jenazah selesai disemadikan di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara dekat sini petang tadi.

Sambil menyifatkan bondanya sebagai seorang yang cukup penyayang dan baik hati, Najib berkata Allahyarham telah mendidik dia dan adik-beradik dengan sempurna sehingga mereka mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing.

“Di samping itu, (Allahyarham) terus menjadi tonggak selepas Tun Razak tiada,” jelasnya.

Najib ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan ahli keluarga lain turut meluang masa berdoa di pusara Tun Abdul Razak.

Katanya, bondanya berpesan supaya menjalankan tugas dengan dedikasi kerana pada Allahyarham, nama baik keluarga amat penting untuk dipertahankan.

“Walaupun dalam politik tidak dapat dielakkan daripada kecaman, tetapi lambat-laun kebenaran,” tambahnya.

Najib turut menjemput orang ramai meramaikan majlis tahlil yang akan diadakan selama seminggu di Masjid Ar-Rahah, Kerinci di sini.

Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan atas keputusan menganugerahkan Istiadat Pengebumian Negara kepada Allahyarham.

“Ini sudah tentu satu penghormatan teristimewa yang akan jadi kenangan manis kepada keluarga saya,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI