fbpx
Sultan Sharafuddin berkenan menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Selangor 2026 kepada Abdul Aziz. FOTO: AFIQ RAZALI/KOSMO!

Bekas Pengerusi SPR dinobat Tokoh Maal Hijrah Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Selangor 2026 sebagai pengiktirafan terhadap jasa dan sumbangannya dalam perkhidmatan awam selama lebih tiga dekad.

Anugerah itu diberikan berikutan peranan besar beliau ketika memegang jawatan penting dalam pentadbiran Selangor dan negara.

Abdul Aziz, 76, yang juga bekas Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), melahirkan rasa syukur atas pengiktirafan tersebut dan menyifatkannya sebagai antara hadiah paling bermakna sepanjang tempoh persaraannya.

Katanya, beliau tidak menyangka khidmat baktinya selama lebih 30 tahun dalam sektor awam mendapat perhatian sehingga melayakkannya menerima anugerah berprestij itu.

“Lebih 10 tahun saya berkhidmat di Selangor sebagai peguam kerajaan negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor dan Pengerusi MAIS.

“Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berkenan mengurniakan anugerah ini kepada saya,” katanya ketika ditemui pemberita malam tadi.

Terdahulu, Sultan Sharafuddin berkenan menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Selangor 2026 kepada Abdul Aziz dalam Majlis Sambutan Ambang Maal Hijrah 2026 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini.

Mengimbau kembali pengalaman sepanjang berkhidmat dalam kerajaan, Abdul Aziz berkata, antara perkara yang paling membanggakan ialah apabila cadangan yang diketengahkannya masih diteruskan dan diamalkan sehingga kini.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN