fbpx
Tangkap layar anjing yang mati dalam insiden tangkapan di Klang.

Selangor teliti semula SOP urus haiwan liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Prosedur operasi standard (SOP) pengurusan haiwan liar di pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor akan diteliti semula bagi memastikan operasi penguatkuasaan lebih selamat dan berperikemanusiaan.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Ng Suee Lim berkata, langkah itu meliputi penyesuaian prosedur sedia ada dan penambahbaikan aspek latihan penguat kuasa.

Menurutnya, penelitian itu termasuk pengukuhan kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan pihak berkepentingan.

“Kerajaan negeri memandang serius insiden di Taman Teluk Gedung Indah, Pelabuhan Klang kerana keselamatan awam dan kebajikan haiwan merupakan dua tanggungjawab yang perlu dipelihara secara seimbang.

“Setiap operasi penguatkuasaan perlu dilaksanakan secara profesional, berhemah dan mematuhi undang-undang serta SOP ditetapkan,” katanya hari ini.

Tambah Suee Lim, pihaknya komited menjunjung titah Tengku Permaisuri Selangor berkaitan belas ihsan terhadap haiwan sebagai panduan utama dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar.

“Kerajaan negeri mengambil maklum mengenai laporan polis dibuat Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) berhubung insiden itu dan bersedia bekerjasama membantu melengkapkan siasatan. Siasatan secara bebas, telus dan profesional diserahkan sepenuhnya kepada polis. Semua pihak diseru menghormati proses siasatan dan tidak membuat sebarang spekulasi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN