fbpx
BELGIUM terpaksa mengharapkan jaringan sendiri pemain Mesir untuk mereka meraih satu mata pada aksi pertama awal pagi semalam. - AFP

Piala Dunia 2026: Belgium belum panik gagal menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEATTLE – Aksi sulung Kumpulan G Piala Dunia 2026 menyaksikan Belgium terpaksa ‘berputih mata’ apabila sekadar mengutip satu mata selepas seri 1-1 menentang Mesir di Stadium Seattle awal pagi semalam.

Skuad Red Devils terpaksa mengharapkan gol sendiri Mohamed Hany pada minit ke-66 untuk menyamakan kedudukan selepas Mesir membuka tirai jaringan seawal minit ke-20 menerusi Emam Ashour.

Jurulatih Belgium, Rudi Garcia tetap berpuas hati dengan aksi keseluruhan dipamerkan barisan pemainnya, lebih-lebih lagi mereka tidak menurunkan kesebelasan utama terbaik pada perlawanan tersebut.

“Perlawanan pertama dalam setiap kejohanan besar seperti Piala Dunia sentiasa menjanjikan aksi sukar. Kami semua sedar dengan perkara itu, terutamanya bertemu pasukan terbaik Afrika seperti Mesir.

“Apa yang paling penting sekarang adalah kami tidak boleh cepat panik dan perlu kekal tenang. Pengajaran hari ini (semalam) adalah ketenangan merupakan perkara utama apabila ketinggalan,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mengalungkan penghargaan kepada pemain-pemain gantian, terutamanya Romelu Lukaku yang berjaya memberi tekanan sehingga Mesir melakukan kesilapan dan menjaringkan gol sendiri.

“Kami berjaya menyamakan kedudukan dan ia berpunca daripada sumbangan pemain-pemain yang masuk sebagai pemain gantian. Ini membuktikan bahawa setiap pemain dalam pasukan ini sangat berharga,” ujar Garcia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN