fbpx

Misbun cari pemain remaja terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MISBUN (tengah) memperkatakan sesuatu kepada dua pemain remaja ketika menjalani latihan di ABM, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) dilihat terus rancak menjalankan kejohanan pe­ringkat dalaman untuk mencari pemain remaja terbaik selepas kekangan untuk menyertai kejohanan berikutan pandemik Covid-19.

Selepas kejayaan penganjuran Kejohanan Berpasukan Campuran yang berlangsung pada 23 hingga 25 November lalu, BAM merangka pertandingan yang sama kali ini melibatkan kem remaja kebangsaan.

Kejohanan secara tertutup itu akan berlangsung pada 16 hingga 18 Disember menggunakan format yang hampir sama seperti kejohanan berpasukan campuran pada penghujung November lalu.

Pengarah Pembangunan Remaja BAM, Datuk Misbun Sidek melihat pertandingan seperti ini perlu dilakukan untuk mengukur prestasi semasa selepas menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) sejak Julai lalu.

“Penilaian yang akan dibuat di sini adalah apa yang telah mereka peroleh selepas menjalani latihan di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diikuti latihan secara kuarantin. Pada pertandingan ini kita akan jadikan panduan untuk membuat penilaian kepada pemain pemain ini.

“Saya sudah puas hati de­ngan tahap disiplin dan keinginan yang ada dalam pemain. Saya juga mahu lihat adakah pemain mampu mengadaptasi modul latihan yang kita terapkan,” kata Misbun.

Sebanyak 13 acara dipertan­dingkan melibatkan perseorangan dan beregu bagi kategori lelaki serta wanita. Saingan bagi beregu campuran turut dipertandingkan melibatkan pemain bawah 15 dan bawah 18 tahun.

Turut diselitkan dalam pertandingan ini adalah saingan tiga sepasukan dan kesemua pertandingan menggunakan format 15 mata.

74 pemain itu dipecahkan kepada empat kumpulan, Junior Terminators, Junior Avengers, Junior Transformers dan Junior Dominators.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI