fbpx

Bjak.my bantu jimatkan wang pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Perkhidmatan perbandingan insuran yang dilakukan oleh portal Bjak.my telah membantu lebih tiga juta pengguna untuk menjimatkan wang mereka dari RM50 sehingga RM450 bagi memperbaharui insuran kereta.

Ketua Operasi Bjak.my., Fatin Izzati turut berkata bahawa syarikat tersebut telah membantu pemilik kereta di Malaysia menjimatkan lebih RM90 juta melalui perkhidmatan perbandingan insuran.

“Syarikat yang ditubuhkan tahun lalu ini berjaya menarik jutaan pemilik kenderaan persendirian menggunakan perkhidmatan ini dengan melakukan proses banding dan beli insurans motor dan kereta secara atas talian, menjadikan ia sebagai platform perbandingan insuran terbesar di Malaysia.

“Bjak.my memberi ruang kepada pemilik kereta untuk membuat perbandingan dengan lebih 10 syarikat insurans dan takaful dalam masa lima minit sahaja,” jelasnya melalui satu kenyataan hari ini.

Tambah Fatin, antara syarikat-syarikat insuran yang disediakan di platform itu adalah Takaful Malaysia, Pacific & Orient, Liberty, Tokio Marine, Zurich Takaful, MSIG dan banyak lagi.

Katanya, penjimatan yang ketara ini dihasilkan melalui perbandingan antara syarikat insurans yang menyediakan pelbagai variasi premium sehingga 40 peratus.

Ujarnya, ia kesan daripada liberalisasi tarif insurans motor yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2017.

“Dengan perkhidmatan perbandingan insurans secara atas talian yang disediakan, pemilik kereta kini boleh memilih pakej dari lebih 10 syarikat insurans dalam beberapa minit sahaja, di rumah mereka.

“Setiap hari, kami menerima banyak maklum balas positif dan ucapan terima kasih melalui Facebook dan juga laman media sosial lain,” katanya.

Tambahnya, kebanyakan maklum balas memaklumkan bagaimana mereka telah membantu pengguna menjimatkan wang dan masa, malah ramai juga pelanggan yang turut gembira dengan perkhidmatan diberikan.

“Perkhidmatan perbandingan dan pembaharuan insurans secara atas talian yang disediakan oleh Bjak.my membantu pemilik kereta untuk mendapatkan penjimatan.

“Bahkan, ia juga secara tidak langsung membantu kerajaan dalam usaha untuk mengawal penjarakan sosial apabila platform ini berjaya mengurangkan kesesakan di cawangan-cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan ketika pandemik,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI