fbpx

Hendery dikecam sebab hina budaya, agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HENDERY

PENYANYI Hendery daripada kumpulan NCT dan WayV terkenal sebagai jejaka ceria dan kerap bergurau termasuklah bersama peminat.

Bagaimanapun, namanya tiba-tiba hangat dalam media sosial selepas beberapa keping gambarnya yang dikongsikan dalam Weibo dikecam peminat.

Peminat melabelkan Hendery sebagai seorang yang tidak sensitif terhadap budaya orang lain apabila mengayakan rambut dreadlock (simpul mati) palsu.

Dalam gambar berkenaan juga, dia dilihat mengenakan cekak kepala yang diinspirasikan daripada warna dan lambang agama Rastafarian, iaitu agama Ibrahimi yang mula wujud dalam kalangan masyarakat Afrika di Jamaica sejak 1930-an.

Meskipun sudah memadam gambar berkenaan daripada akaun Weibonya, perkara tersebut mudah menjadi tular hasil perkongsian daripada netizen.

Nama Hendery kemudian menjadi topik hangat dalam Twitter selepas peminat mengecam gaya rambut dikenakan lelaki itu sebagai tindakan tidak beradab.

Pun begitu, ada peminat yang berfikiran positif dengan mendakwa mungkin Hendery tidak menyedari isu berkenaan dan meminta dia lebih berhati-hati pada masa depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI