fbpx

54 individu ingkar PKPB dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

SERDANG – Seramai 54 individu dikenakan kompaun selepas didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dalam satu serbuan di sebuah premis pusat hiburan di Bandar Puchong Jaya di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, serbuan dilakukan menerusi Ops Covid-19 Penguatkuasaan PKPB oleh sepasukan polis dari Balai Polis Puchong dan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang.

“Serbuan dilakukan kira-kira pukul 9 malam susulan aduan awam yang diterima dan pemeriksaan mendapati premis berkenaan dipenuhi pengunjung yang gagal mematuhi SOP ditetapkan pihak kerajaan.

“Susulan serbuan dan pemeriksaan yang dilakukan, pihak polis kemudiannya mengeluarkan kompaun terhadap lapan individu warga tempatan yang sedang bekerja dan 46 individu warga tempatan yang merupakan pelanggan,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Jelas beliau, kompaun dikenakan selepas kesemua individu berkenaan didapati dengan sengaja tidak mematuhi SOP PKPB yang telah ditetapkan.

“Kesemua mereka dikenakan kompaun mengikut Peraturan 11 dan Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan ) No 8(2020),” tegas beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI