fbpx

Warga emas jatuh longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menyelamatkan seorang wanita warga emas yang terjatuh dari longkang di Taman Kota Masai, Pasir Gudang.

PASIR GUDANG – Seorang wanita warga emas bernasib baik apabila tidak mengalami sebarang kecederaan selepas terjatuh ke dalam sebuah longkang di Jalan Eco Perniagaan 7, Taman Kota Masai di sini, hari ini.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Shahrol Suboh berkata, kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada pukul 10.36 pagi.

Menurutnya, 10 anggota beserta dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang digerakkan ke lokasi kejadian.

“Ketika di lokasi, mangsa yang berusia 60 itu ditemui di tepi sungai bahagian bawah sebuah jambatan selepas terjatuh.

“Mangsa kemudian dibantu anggota bomba untuk naik semula tidak mengalami sebarang kecederaan dan dilaporkan dalam keadaan selamat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, wanita warga emas itu kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala Operasi ditamatkan pada pukul 11.24 pagi.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI