fbpx

Album NCT salah cetak, peminat naik berang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN NCT.

NAMPAKNYA kemarahan peminat terhadap syarikat pengurusan SM Entertainment tidak dapat dibendung selepas album terbaharu kumpulan NCT ditunda gara-gara kesilapan teknikal ketika cetakan.

Sepatutnya kumpulan itu membuat kemunculan semula dengan album kedua berjudul RESONANCE Pt. 2.

Bagaimanapun keterujaan peminat menantikan kehadiran album berkenaan dalam pasaran terpaksa dipendam kerana kecuaian syarikat tersebut.

SM Entertainment dalam satu kenyataan baru-baru ini memaklumkan berlaku sedikit kelewatan pelancaran album fizikal NCT dalam pasaran. Hal ini kerana berlaku kesilapan ketika proses cetakan.

Sakit hati kerana kesilapan yang berlaku, rata-rata peminat melampiaskan amarah terhadap SM Entertainment selain meminta mereka menukar staf yang bekerja di situ.

“Kenapa mereka tidak melakukan kerja dengan betul? Sangat memalukan untuk sebuah syarikat sebesar SM Entertainment melakukan kesilapan sebegini,” tulis seorang peminat.

Menurut carta Hanteo, biarpun begitu, sebanyak 160,000 unit album berkenaan sudah pun terjual pada hari pertama pelancaran.

Berikutan itu, SM Entertainment menyediakan dua pilihan kepada peminat yang sudah membeli, sama ada menukar produk berkenaan dengan cetakan baharu ataupun memulangkan semula wang kepada pembeli.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI