fbpx

Kenduri, rumah ibadat punca jangkitan Covid-19 di Johor meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
R. VIDYANANTHAN

JOHOR BAHRU – Kebanyakan kes positif Covid-19 yang dilaporkan di Johor berkait rapat dengan majlis sosial seperti kenduri dan program di rumah ibadah.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, kebanyakan mereka yang hadir dalam majlis sosial itu tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Katanya, penyumbang utama kejadian kluster-kluster baharu yang dilaporkan kebelakangan ini disebabkan oleh sikap segelintir masyarakat yang mula tidak peka tentang keperluan mematuhi SOP pencegahan penyakit Covid-19.

“Kita dapati mereka tidak lagi mengelakkan 3S iaitu mengelakkan pergaulan di kawasan sempit, mengelakkan keadaan sesak dan mengelakkan sembang rapat.

“Situasi Covid-19 masih lagi membimbangkan, masyarakat dinasihatkan untuk kurangkan aktiviti sosial yang tidak mematuhi SOP. Ini bertujuan bagi mengurangkan risiko penularan di kalangan keluarga dan kenalan.

“Peningkatan kes yang dilaporkan sehingga kini, masih lagi disebabkan pencarian kes secara aktif (ACD). Pemerhatian aktiviti ACD mendapati kerap berlaku kes bergejala tidak mendapatkan rawatan dengan segera,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Vidyananthan berkata, terdapat 19 kes baharu yang dilaporkan semalam di negeri ini iaitu lima kes daripada kluster sedia ada, sembilan kes daripada saringan kontak rapat kes positif dan lima kes daripada lain-lain saringan.

Katanya, angka itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan adalah sebanyak 1,119 kes manakala 952 kes telah pulih selain 132 kes aktif yang kịni diberikan rawatan di hospital.

“Terdapat satu kluster baharu dilaporkan di negeri ini sejak kelmarin iaitu Kluster Kobena yang melibatkan daerah ini.

“Kes indeks merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) yang telah dilaporkan positif pada 20 November lalu. Sehingga semalam, 150 individu telah disaring dan 15 daripadanya dikesan positif Covid-19,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI