fbpx
Rata-rata netizen memuji usaha Sarah membimbing suaminya itu.

Cara Sarah Hildebrand bimbing suami dipuji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Pelakon Sarah Hildebrand sekali lagi telah menarik perhatian netizen selepas berkongsi sekeping foto menunjukkan suaminya, Otto Gillen sedang duduk di atas sejadah yang mempunyai panduan solat dalam laman Instagram miliknya.

Menurut pelakon yang pernah membintangi drama Pujaan Hati Kanda itu, perkongsian tersebut bertujuan untuk memberi manfaat kepada golongan ingin belajar untuk bersolat seperti mualaf dan kanak-kanak.

Foto yang dimuat naik Sarah memaparkan suaminya sedang solat menarik perhatian netizen dalam media sosial.

“Ini bukan iklan berbayar dan saya juga tidak menjual produk ini. Tetapi saya hanya berkongsi untuk mereka yang berminat untuk membeli sejadah sembahyang ini untuk rakan mualaf, anak-anak atau sesiapa sahaja yang ingin belajar dan memperbetulkan solat,” ujar pelakon berusia 30 tahun itu.

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian pengikutnya dalam media sosial dan rata-rata telah memuji usaha Sarah membimbing suaminya yang baharu sahaja memeluk agama Islam pada tahun lalu.

Pada masa sama, perkongsian tersebut turut dibanjiri dengan kata-kata semangat supaya kedua-dua mereka kekal istiqamah dalam mencari hidayah dan terus diredai oleh Allah SWT.

Terdahulu, Sarah telah dikritik dan dikecam netizen selepas dia mengambil keputusan menanggalkan hijabnya selepas lima tahun tampil dengan imej sedemikian sejak 2015.

Pelakon itu telah mendirikan rumah tangga bersama dengan pasangan pilihannya, yang juga merupakan seorang muallaf berdarah kacukan Filipina-Amerika, Otto Gillen pada 2019. – K! ONLINE