fbpx
TERTUDUH dibawa Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka semalam.- Foto oleh AMRAN ALI/KOSMO!

Wanita didenda RM2,800 sebar video aib bekas suami dengan skandal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seorang pekerja kilang didenda RM2,800 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini atas kesalahan menyimpan dan menyebarkan video seks bekas suaminya dengan wanita lain pada Disember tahun lalu.

Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Puteri Norfatimah Ishak, 25, yang mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati dalam simpanannya terdapat video dan gambar lucah dalam sebuah telefon bimbit jenis iPhone 12 Pro Max. Kesalahan itu dilakukan di tepi jalan Jalan Ayer Keroh Lama dalam daerah Melaka Tengah, kira-kira pukul 4 petang pada 11 Januari 2026.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pada Disember tahun lalu, pengadu iaitu wanita dalam rakaman tersebut menerima klip video daripada kakaknya yang dihantar oleh seseorang menggunakan nombor telefon bimbit dipercayai milik bekas isteri kepada lelaki dikenalinya.

Video tersebut memaparkan pengadu sedang melakukan hubungan seks dengan lelaki berkenaan yang dirakam tanpa pengetahuan serta persetujuan pengadu. Siasatan turut mendapati video berkenaan didakwa telah disebarkan kepada beberapa ahli keluarga terdekat pengadu.

Pengadu membuat laporan polis kerana berasa teraniaya dan tidak berpuas hati dengan tindakan wanita terbabit yang didakwa menyebarkan rakaman tersebut. Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM2,800 atau penjara enam bulan jika gagal bayar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN