fbpx
Rozali (kanan) pada majlis pelancaran e-Wallet [email protected] di Seberang Perai baru-baru ini.

Boost-MBSP lancar khidmat pembayaran integrasi 3 dalam 1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh ISWAN SHAFIQ ISA

SEBERANG PERAI – Pembayaran cukai taksiran, kompaun letak kereta dan sewa gerai kini boleh dilakukan warga Seberang Perai hanya melalui hujung jari.

Kaedah yang mudah dan cepat itu direalisasikan hasil kerjasama Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dengan syarikat pengendali dompet elektronik atau e-wallet terkemuka, Boost.

Pengarah Produk dan Pemasaran Boost, Ungku Norliza Syazwan Ungku Halmie berkata, ketiga-tiga perkhidmatan tersebut itu adalah perkhidmatan integrasi tiga dalam satu yang pertama diperkenalkan di Malaysia.

“Kami berbesar hati dapat menjalin kerjasama dengan MBSP untuk tujuan tersebut khususnya ketika penularan pandemik Covid-19.

“Sebagai nilai tambah terhadap kemudahan itu, pengguna juga boleh menetapkan peri­ngatan pembayaran untuk bil-bil mereka.

“Dengan cara ini, mereka tidak akan terlupa lagi untuk membayar bil dan boleh menyimpan rekod bil yang kerap digunakan untuk akses terus yang lebih mudah dan menjimatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran e-Wallet [email protected] di sini baru-baru ini.
Turut hadir Datuk Bandar MBSP, Datuk Rozali Mohamud.

Selain itu, Rozali menjelaskan, pelancaran e-wperkhidmatanallet itu adalah antara pencapaian membanggakan MBSP sejak dinaik taraf menjadi bandar raya pada 16 September tahun lepas.

Katanya, MBSP akan terus komited membawa perubahan kepada masyarakat melalui pembaharuan institusi, ekonomi sirkular dan digital.

BERITA BERKAITAN