fbpx

AKSB baik pulih paip air di Tanjung Hilir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Paip air yang rosak di Tanjung Hilir, Bachok sehingga menyebabkan 4,300 akaun pelanggan terputus bekalan air.

BACHOK – Air Kelantan Sdn.Bhd (AKSB) sedang menjalankan kerja-kerja baik pulih paip air bersih yang terputus di Tanjung Hilir sini semalam.

Ketua Jabatan Operasi AKSB, Wan Khairuddin Wan Omar berkata, kerja baik pulih paip itu dilakukan secara berperingkat dan dijangka pulih sepenuhnya hari ini.

Katanya, AKSB memohon maaf kepada semua pengguna yang terlibat ekoran kesulitan yang berlaku.

“Susulan daripada kerja-kerja itu, berlaku gangguan bekalan air melibatkan kira-kira 4,300 akaun di seluruh kawasan Bachok.

“Antara kawasan yang terlibat adalah Bandar Bachok, Kampung Nipah, Kampung Kemudi (dari Pantai Batu hingga ke Simpang 3 Melawi), Kampung Tok Burung, Pantai Damat, Kubang Kawah, Perupok, Kampung Kubang Golok, Kampung Balai, Kampung Sungai, Pengkalan Baru dan Beris Kubor Besar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Wan Khairuddin, AKSB sedang bertungkus lumus menyiapkan kerja pembaikian paip agar gangguan bekalan air di kawasan itu pulih seperti biasa.

Dalam pada itu katanya, kaunter AKSB dibuka bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang untuk kemudahan orang ramai berurusan sepanjanh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini yang bermula kelmarin.

Sebarang pertanyaan atau aduan orang ramai boleh hubungi pusat info dan talian aduan AKSB iaitu 15777 atau WhatsApp kepada 019-575 5777.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI