fbpx

Tepung gandum, minyak masak bersubsidi dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tepung gandum dan minyak masak bersubsidi RM3,824 yang dirampas.

PASIR MAS – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar tepung gandum dan minyak masak bersubsidi bernilai RM3,824 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Rahmat dekat Rantau Panjang di sini semalam.

Pengarah KPDNHEP Kelantan, Adnan Abd. Rahman, selain rumah berkenaan, barangan itu juga ditemui di dalam sebuah kereta dan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang menjadi transit sementara untuk aktiviti penyeludupan.

Menurutnya, operasi bersepadu itu dilakukan dengan kerjasama Pasukan Polis Marin, Wilayah Tiga Pengkalan Kubor dalam penugasan Operasi Benteng Covid-19 bermula pukul 4 petang hingga 12 malam.

“Hasil risikan mendapati, rumah itu dijadikan tempat transit pengumpulan tepung gandum bersubsidi dengan anggaran kuantiti sebanyak 500 kg yang bernilai RM675.

“Selepas itu, barangan sama turut dijumpai di dalam sebuah kereta jenis Proton Saga dengan kuantiti sebanyak 700 kg minyak masak bernilai RM945,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini tadi.

Bagaimanapun, katanya, ketika serbuan pemandu kereta itu dapat menghidu kehadiran pihak berkuasa sebelum berjaya melarikan diri.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana disyaki dengan niat melakukan penyeludupan ke negara jiran melalui jalan sungai di sempadan negara. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI