fbpx

Liga M buka tirai 26 Februari depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AB. GHANI mendedahkan saingan Liga M bermula selepas saingan Piala Sumbangsih antara JDT dan Kedah pada 26 Februari tahun depan.

SAINGAN Liga Malaysia (Liga M) musim depan akan bermula dengan aksi pembuka tirai melibatkan perlawanan Piala Sultan Haji Ahmad Shah yang menemukan juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan naib juara liga, Kedah pada 26 Februari 2021.

Keputusan dibuat selepas Ahli Lembaga Pengarah Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memutuskan skuad Helang Merah akan mengisi slot trofi Piala Sumbangsih itu sebagai status naib juara liga susulan saingan Piala FA dan Piala Malaysia dibatalkan akibat pandemik Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab. Ghani Hassan berkata, perlawanan domestik Liga Super dan Liga Premier pula akan bermula pada 27 dan 28 Februari 2021 dan bakal berakhir pada 20 dan 21 Ogos 2021.

Mengulas lanjut, kejohanan Piala FA bakal bermula 2 Mac 2021 sehingga aksi final pada 11 September 2021, manakala Piala Malaysia akan membuka tirai pada 17 September 2021 sehingga 27 November 2021.

Kejohanan Piala Cabaran akan kembali dilangsungkan dengan aksi peringkat kumpulan bermula 3 September 2021 sehingga bulan November 2021.

“Bagi persiapan pasukan untuk musim 2021, MFL telah menetapkan tempoh pendaftaran pertama dengan pasukan boleh mendaftarkan pemain bermula 21 November 2020 sehingga 14 Februari 2021 dan mereka memiliki tempoh sehingga 12 minggu.

“Bagi tempoh pendaftaran kedua, pasukan boleh berbuat perkara sama bermula 12 Julai 2021 sehingga 8 Ogos 2021 de­ngan tempoh empat minggu diperuntukkan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dalam perkembangan sama, Ab. Ghani memberitahu, pe­rancangan kalendar baharu Liga Malaysia bagi musim 2021 telah mengambil kira pelbagai aspek termasuk berkenaan aksi skuad Harimau Malaya pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

“Selain aksi melibatkan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, kejohanan Piala AFF Suzuki 2021 (AFF) yang berlangsung pada 11 April hingga 8 Mei 2021 disusuli kejohanan AFC B-19 bermula 3 sehingga 20 Mac 2021 akan turut diambil kira,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI