fbpx

Suspek tunggal kes pembunuhan Surya tiba di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek yang berpakaian lokap berwarna ungu dihadapkan atas pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

MARANG – Suspek kes pembunuhan Siti Nur Surya Ismail tiba di Mahkamah Majistret di sini pada pukul 9.35 pagi.

Pelajar tingkatan enam sebuah sekolah di Hulu Terengganu itu dibawa dari lokap Balai Polis Kuala Berang, Hulu Terengganu dengan menaiki kereta peronda polis.

Dia yang berpakaian lokap berwarna ungu dihadapkan atas pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pengamal media tidak dibenarkan memasuki galeri awam mahkamah atas faktor penjarakan fizikal ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Mahkamah hanya membenarkan tiga keluarga terdekat tertuduh termasuk ibunya berada di galeri awam sewaktu pendengaran kes – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI