PUTRAJAYA – Sebanyak 822 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 42,872 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, tujuh kes import termasuk seorang daripadanya warga Malaysia yang tiba dari India, Kanada, Indonesia, Emiriah Arab Bersatu, Afghanistan, Russia dan Arab Saudi.
Menurutnya, terdapat dua pertambahan kes kematian membabitkan wanita warga asing berusia 22 dan 67 tahun di Hospital Tuaran dan Hospital Duchess of Kent, Sabah.
“Kes kematian hari ini menjadikan angka kes kematian berkaitan Covid-19 sehingga kini sebanyak 302 kes.
“Selain itu, sebanyak 769 kes pulih direkodkan dan ini menjadikan jumlah kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 adalah 31,073 kes,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Tambah beliau, terdapat 86 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 30 kes memerlukan bantuan pernafasan. – K! ONLINE














