fbpx
PEKERJA kesihatan membawa seorang pesakit Ebola di Pusat Rawatan Ebola di Bunia, wilayah Ituri pada 23 Jun lalu. – AFP

Ebola merebak ke wilayah keempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KINSHASA –  Wabak maut Ebola merebak ke wilayah keempat di Republik Demokratik Congo (DRC)  yang bermakna keseluruhan timur laut negara itu kini terjejas.

Rantau tersebut mempunyai populasi  kira-kira 15 juta orang.

Setakat ini, wabak demam berdarah Ebola telah meragut 360 nyawa daripada 1,274 kes yang disahkan, demikian menurut angka Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

DRC mengisytiharkan wabak Ebola ke-17  itu pada 15 Mei lalu, berpunca daripada varian  Bundibugyo. Tiada vaksin atau rawatan khusus untuk virus tersebut.

Wilayah bergolak  Ituri menjadi pusat wabak kali ini dengan 1,165 kes dan 301 kematian, kata  pihak berkuasa kesihatan.

Saintis dan pekerja bantuan bagaimanapun percaya  angka sebenar lebih tinggi.

Setakat ini, dua wilayah lain yang  turut terjejas ialah  Kivu Utara dan Kivu Selatan.

Haut-Uele yang  bersempadan dengan Sudan Selatan dan Republik Afrika Tengah pula menjadi  wilayah keempat  terjejas wabak Ebola.

Dalam pada itu, sebanyak 20 kes, termasuk dua kematian  juga dilaporkan  di negara jiran DRC, Uganda.  – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN