fbpx
PEKERJA kesihatan memakai sut perlindungan di kawasan pengasingan pesakit Ebola di Hospital Besar Rujukan Mongbwalu di DRC kelmarin. – AFP

Wabak Ebola makin buruk, lebih 900 kes dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GENEVA, SWITZERLAND – Lebih 900 kes disyaki Ebola dikenal pasti di negara dilanda perang, Republik Demokratik Congo(DRC), kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus.

“Memandangkan usaha pengawasan dipertingkatkan dalam respons #DRC #Ebola, lebih 900 kes disyaki telah dikenal pasti setakat ini, termasuk 101 kes yang disahkan,” kata Tedros dalam catatan media sosial semalam tanpa kemas kini mengenai angka kematian.

Ebola adalah penyakit maut  bawaan virus  yang merebak melalui sentuhan langsung dengan cecair badan pesakit. Ia boleh menyebabkan pendarahan teruk dan kegagalan organ.

DRC mengisytiharkan wabak Ebola pada 15 Mei lalu, berpunca daripada strain Bundibugyo.Tiada vaksin mahupun rawatan khsusus untuk virus itu.

Dalam kemas kini kelmarin, Kementerian Kesihatan DR Congo berkata,  204 kematian telah direkodkan di tiga wilayah negara Afrika tengah yang luas itu, daripada sejumlah 867 kes disyaki.

Ebola telah membunuh lebih 15,000 orang di seluruh Benua Afrika sejak setengah abad yang lalu. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN