fbpx

Polis sahkan terima laporan pencemaran bau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LRA Rantau Panjang GAMBAR HIASAN

SHAH ALAM – Polis Selangor mengesahkan telah menerima laporan berhubung pencemaran bau yang dikesan di Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, laporan itu dibuat oleh seorang pegawai penguatkuasa Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) kira-kira pukul 3 petang tadi.

“Siasatan awal pihak LUAS mendapati air di loji disyaki mengandungi bahan pelarut hingga ke tahap 8 ton.

“Ekoran itu, bekalan air terpaksa ditutup hingga kerja pembersihan selesai,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas Fadzil, pihak JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan.

Artikel berkaitan : LUAS kesan bahan tercemar di loji Taman Velox

Terdahulu, Kosmo! melaporkan pencemaran bau yang mengakibatkan empat buah LRA iaitu Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan LRA Rantau Panjang dihenti tugas hari ini adalah disebabkan pembuangan cecair pelarut di lubang loji kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) di Taman Velox, Rawang di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian berkata, pihaknya mengesyaki wujud sabotaj di sebalik insiden pencemaran tersebut.

Henti tugas empat LRA itu bermula pukul 12.20 hingga 12.45 tengah hari tadi mengakibatkan gangguan air tidak berjadual kepada lebih 1.1 juta pemegang akaun Air Selangor.

Gangguan itu merangkumi 1,279 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Ini merupakan kejadian ketiga berturut-turut berlaku dalam tempoh tiga bulan bermula September lalu yang mengakibatkan henti tugas di LRA sama. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI