fbpx

Jenazah Mohamed Sabri selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Allahyarham Mohammad Sabri selamat dikebumikan di tanah perkuburan Raudhatul Sakinah, Batu Caves hari ini.

KUALA LUMPUR – Jenazah salah seorang mangsa nahas helikopter semalam Kolonel Bersara (B), Mohamed Sabri Baharom selamat dikebumikan di tanah perkuburan Raudhatul Sakinah, Batu Caves hari ini.

Jenazah dilihat tiba di tanah perkuburan sekitar pukul 2.05 petang dan telah selamat dikebumikan pada pukul 2.20 petang diiringi ahli keluarga dan rakan-rakan rapat arwah.

Ahli keluarga serta rakan-rakan arwah dilihat sebak dan hiba apabila meninggalkan kawasan tanah perkuburan sekitar pukul 3 petang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI