fbpx

Hampir keseluruhan kawasan PD, Seremban mula terima bekalan air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LRA Linggi kembali beroperasi dan membekalkan semula air terawat ke kawasan Seremban dan Port Dickson selepas kerja-kerja pembaikan tebing Sungai Linggi berjaya diselesaikan oleh pihak JPS.

SEREMBAN – Hampir keseluruhan kawasan di Seremban dan Port Dickson yang mengalami gangguan bekalan air sejak 4 November lalu sudah menerima bekalan air terawat hari ini.

Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (Sains) memaklumkan, di Seremban sehingga kini 99 peratus kawasan yang terjejas sebelum ini sudah menerima semula bekalan air terawat manakala di Port Dickson, 90 peratus kawasan telah menerimanya.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Sains, Norzita Ismail berkata, pihaknya masih memantau beberapa kawasan yang masih belum menerima bekalan air tersebut.

“Walaupun keadaan sudah hampir pulih sepenuhnya namun pihak kami akan terus memantau kawasan-kawasan yang masih belum mendapat bekalan air dan mengalami tekanan air rendah untuk diagihkan bekalan air melalui tangki statik dan lori tangki Sains.

“Seperti yang dimaklumkan dalam kenyataan semalam, kami akan terus memastikan seluruh kawasan gangguan di Port Dickson akan mendapat bekalan air terawat selewat-lewatnya hari Rabu ini secara berperingkat bergantung kepada kerja-kerja ditapak oleh pihak Jabatan Pengairan Saliran (JPS)” katanya.

Sebanyak 45,067 akaun pengguna Sains mengalami gangguan bekalan air sejak 4 November lalu selepas Loji Rawatan Air (LRA) Linggi tidak dapat beroperasi membekalkan air terawat kepada pengguna di Port Dickson dan Seremban berikutan tebing runtuh di Sungai Linggi.

Bagaimanapun, LRA Linggi kembali semula dapat membekalkan air terawat sejak semalam selepas pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berjaya menyelesaikan kerja-kerja menambak tebing sungai tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI