fbpx

Prosiding kes atas talian elak Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAKESS menyarankan prosiding Mahkamah Syariah di Selangor dijalankan secara atas talian bagi mengekang penularan Covid-19

SHAH ALAM – Semua pihak yang mempunyai prosiding kes di Mahkamah Syariah di Selangor disaran melakukannya secara atas talian bagi mengekang penularan wabak pandemik Covid-19.

Langkah itu membantu lebih banyak kes didengari setiap hari berikutan semua mahkamah ketika ini tidak mampu menampung kehadiran orang ramai secara fizikal.

Unit Komunikasi Korporat Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) menerusi kenyataan hari ini berkata, perkhidmatan atas talian disediakan pihaknya seperti wakalah, afidavit, Majlis Sulh, perbicaraan dan sebutan kes boleh dilakukan menerusi sidang video.

“Perkhidmatan itu boleh digunakan dengan mengemukakan permohonan kepada pendaftar dan persetujuan pihak-pihak yang terlibat.

“Walaupun belum mempunyai sistem atas talian khusus, kita komited memastikan perkhidmatan dapat diteruskan termasuk prosiding pendengaran kes dan Majlis Sulh yang menggunakan ‘Skype’ dan ‘Google Meet’,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, usaha itu kurang mendapat sambutan sebelum ini berikutan orang ramai lebih cenderung untuk hadir secara fizikal di mahkamah.

“Mahkamah tidak dapat beroperasi penuh kerana keperluan mewujudkan penggiliran jadual bekerja selaras dengan arahan kerajaan supaya mengurangkan kehadiran pegawai dan kakitangan.

“JAKESS terpaksa membuat penjadualan semula kes-kes yang telah ditetapkan pendengarannya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuatkuasa,” katanya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI