fbpx

500 pasukan pemantau digerakkan seluruh Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Kira-kira 500 pasukan pemantau yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) digerakkan di seluruh Selangor dalam menjalankan penguatkuasaan terhadap mereka yang melanggar prosedur standard operasi (SOP) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, pasukan itu bergerak ke semua premis perniagaan, tempat tumpuan ramai dan lain-lain dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

Menurutnya, tindakan tegas terus dilakukan dan tiada kompromi susulan orang awam sedia maklum berkenaan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Berdasarkan pemerhatian kita setakat ini mendapati hampir keseluruhan rakyat di negeri ini telah mematuhi SOP.

“Jika terdapat mana-mana pihak yang masih degil, kita akan terus keluarkan kompaun,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Beliau berkata demikian susulan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam yang mengingatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan PDRM di negeri ini lebih tegas dalam melakukan pemantauan sepanjang pelaksanaan PKPB.

Baginda bertitah demikian ekoran Selangor mencatatkan kes harian baharu tertinggi iaitu 225 kes pada 1 November lalu.

Dalam perkembangan sama, Noor Azam turut meminta orang awam agar menghentikan perbuatan menyebarkan perkara tidak betul berkenaan pelanggaran SOP ataupun kompaun oleh pihak berkuasa.

“Saya minta hentikan perbuatan berkenaan, banyak perkara yang diviralkan tidak tepat dan orang ramai juga diminta menyiasat terlebih dahulu kesahihannya.

“Perbuatan itu jelas memberikan persepsi negatif orang awam terhadap PDRM,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI