fbpx

PDRM umum pertukaran 4 pegawai kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran empat pegawai kanannya, yang berkuat kuasa mulai 3 Julai depan.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Deputi Komisioner Polis, Mohd. Ali Tamby bertukar ke Timbalan Ketua Polis Kelantan.

Tambah beliau, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Polis, Viktor Sanjos ditukarkan menjadi Komander ESSCOM.

“Ketua Penolong Pengarah Ketua Penolong Pengarah D7 (Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterism) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Mohamad Noor Yusof Ali ditukarkan ke Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Pahang.

“Selain itu, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Pahang, Senior Asisten Komisioner, Noor Hisam Nordin ditukarkan kepada Komandan Pulapol Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI