fbpx

40 ahli sindiket judi dalam talian diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barang rampasan hasil serbuan sindiket perjudian dalam talian yang beroperasi di sekitar ibu negara dan Selangor, Jumaat lalu.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 40 ahli sindiket perjudian dalam talian dan pengurup wang digital tidak sah antarabangsa yang beroperasi di sekitar ibu negara dan Selangor, Jumaat lalu.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, kejayaan operasi itu hasil kerjasama PDRM melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) dan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC).

Menurut beliau, hasil serbuan yang dijalankan, seramai 40 individu ditahan terdiri daripada 17 lelaki dan satu wanita tempatan bersama 15 lelaki dan enam wanita warga China serta seorang lelaki Singapura.

“Kesemua suspek berusia 20 hingga 58 tahun ditahan reman bermula Sabtu lalu sehungga Khamis ini.

“Antara barang yang dirampas adalah 88 telefon bimbit, wang tunai sebanyak RM29,587, wang tunai USD5,000, dan satu jongkong emas.

“Turut dirampas tiga buah kereta, tiga utas jam tangan, tiga buah beg tangan, pelbagai barang kemas serta pelbagai jenama set komputer,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, hasil siasatan mendapati sindiket ini menyediakan platform judi dalam talian yang menyasarkan warga Taiwan.

Jelas Noorsiah, pelanggan yang berminat untuk bertaruh di platform tersebut dikehendaki untuk membuat pindahan wang ke akaun keldai yang dipercayai berada di China.

“Setelah pindahan wang selesai, pelanggan akan diberikan ‘points’ untuk digunakan di platform perjudian yang disediakan.

“Siasatan turut mendapati sindiket ini menjalankan kegiatan pengurup wang digital tanpa lesen dengan melakukan penukaran wang yang diterima dari negara China kepada mata wang kripto (USDT).

“Kemudiannya, sindiket ini akan menghantar semula matawang kripto tersebut ke negara China. Namun sumber wang yang diterima oleh sindiket ini masih dalam siasatan,” ujarnya.

Tegas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahsn Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI