fbpx

PKPB Labuan disambung, PKPD di Kampung Haji Baki ditamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Wilayah Persekutuan Labuan bermula esok hingga 6 Disember depan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lanjutan PKPB itu dibuat kerana masih terdapat pertambahan sebanyak 35 kes baharu positif Covid-19 setakat semalam menjadikan jumlah keseluruhan 1,135 kes.

Beliau berkata, keputusan itu juga dibuat atas nasihat dan penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan pelaksanaan PKPB di Labuan bermula 17 Oktober sehingga 30 Oktober lalu yang kemudiannya dilanjutkan sehingga hari ini (13 November).

“PKPB ini masih perlu dilaksanakan bagi mengekang penularan dan memberi ruang kepada petugas kesihatan untuk melaksanakan pengesanan kes aktif di kawasan-kawasan bersasar yang dikenal pasti berisiko tinggi,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, kerajaan juga bersetuju menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Haji Baki, Kuching selepas tiada lagi kes positif dikesan sejak tujuh hari lalu.

Menurutnya, sebelum ini, kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKPD di kawasan itu bermula 28 Oktober lalu sehingga 10 November dan kemudian disambung sehingga 24 November ini.

“Bagaimanapun, tempoh PKPD itu ditamatkan lebih awal dari yang dijadualkan iaitu hari ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI