fbpx

Akad nikah di zon merah dibenarkan namun bersyarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) hari ini membenarkan pemohon yang berada di zon merah untuk meneruskan hasrat berkahwin dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa serta merta.

Bagaimanapun, kebenaran itu disertakan dengan syarat-syarat yang diperketatkan demi menjaga kepentingan bersama.

Pengarah Jawi, Mohd. Ajib Ismail berkata, kebenaran itu diberikan atas dasar keprihatinan terhadap keluhan masyarakat Islam yang menghadapi kesukaran untuk melaksanakan akad nikah dalam tempoh PKPB ini.

“Oleh itu, syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi pemohon yang berada di dalam zon merah dan ingin melangsungkan perkahwinan adalah telah menjalani ujian calitan dan disahkan negatif.

“Syarat lain adalah perkahwinan hanya dibenarkan diadakan di Jawi Kuala Lumpur, cawangan Putrajaya dan cawangan Labuan sahaja. Selain itu, rombongan pemohon dari zon merah terhad kepada keluarga terdekat sahaja,” katanya.

Katanya, adalah menjadi tanggungjawab kepada Pendaftar di Wilayah-Wilayah Persekutuan untuk memastikan semua pihak yang terbabit dalam majlis akad nikah tersebut mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI