fbpx

Jawi dipuji bantu saudara baru Islam dibuang keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kompleks Darul Hidayah, Sentul turut menyediakan kelas bimbingan dan elaun.

PETALING JAYA – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dipuji ramai apabila bertindak menyediakan penginapan sementara kepada saudara baru Islam yang dihalau dan dibuang keluarga.

Jawi menerusi perkongsiannya di Facebook memaklumkan, selain penginapan di Kompleks Darul Hidayah, Sentul itu, kelas bimbingan dan elaun turut disediakan.

“Bagi meringankan beban mereka, kami menyediakan penginapan sementara, khas buat mereka yang tidak mempunyai tempat tinggal.

“Kami menyediakan bimbingan seperti Kelas Tahsin al-Quran bagi saudara baru selain elaun setiap kali mengikuti kelas ini.

“Selain itu, mereka juga akan diberikan sumbangan pengislaman sebanyak RM3,000 serta kit pengislaman termasuk al-Quran, buku-buku, pakaian serta kelengkapan solat selepas pendaftaran.

“Jawi turut menyediakan kelas pengajian buat saudara baru bagi peringkat asas, pertengahan dan lanjutan selama satu tahun enam bulan bagi setiap peringkat. Untuk maklumat lanjut, hubungi Jawi di 03-22749333,” kata hantaran itu.

Antara penginapan yang disediakan untuk saudara baru Islam yang dibuang keluarga.

Rata-rata orang ramai teruja dengan usaha Jawi tersebut yang disifatkan wajar dicontohi.

“Alhamdullilah, boleh sebarkan maklumat ini biar ramai saudara baru dapat manfaat,” ujar Kroll Syafi.

“Terbaik! Suka lihat usaha seperti ini. Moga Allah merahmati semua pihak terlibat dan usaha ini, dicontohi,” kata Azlan Mohd Ali.

“Alhamdulillah, terbaik Jawi,” puji seorang lagi pengguna. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI