fbpx

Jawi terima empat aduan qazaf terhadap PM – Mohd. Na’im

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na'im bercakap kepada pemberita selepas Majlis Amanat Menteri di Jabatan Perdana Menteri bersama pelajar baharu Tajaan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) Jakim di Kompleks Islam Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan meneruskan siasatan berhubung aduan qazaf terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, setakat ini pihak Jawi telah menerima empat aduan melalui bahagian penguatkuasa Jawi terhadap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Radzi Jidin dan pendakwah bebas, Ahmad Dusuki Abd Rani berhubung isu berkenaan.

Katanya, antara yang membuat laporan berhubung perkara berkenaan adalah Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

“Pertama melibatkan isu Radzi Jidin terhadap Perdana Menteri ketika dalam Parlimen.

“Kedua, petang tadi Ikram dan ABIM ada buat aduan terhadap hantaran yang dinisbahkan kepada Ustaz Dusuki yang ada menyebut perkataan peliwat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat bersama Pelajar Baharu Tajaan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) di sini, hari ini.

Ketika diminta mengulas berhubung pendakwaan terhadap Radzi atas perbuatannya di Parlimen baru-baru ini, Mohd. Na’im berkata, ia hanya boleh diputuskan oleh pihak pendakwaan.

“Semasa siasatan, semua pihak saksi akan dipanggil oleh penguatkuasa agama dan kemudian laporan akan disediakan.

“Dari situ boleh ditentukan sama ada diteruskan pendakwaan atau tidak, itu akan ditentukan berdasarkan laporan siasatan yang dikemukakan nanti,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI