fbpx

PRE Fasa 4 beri manfaat kepada penjaja, peniaga kecil susulan PKPB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Kerajaan negeri Perak meluluskan peruntukan khas bantuan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Perak Fasa Ke-4 (PRE Fasa 4) bagi membantu penjaja dan peniaga kecil susulan pelaksaaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, di bawah PRE Fasa 4 ini, sebanyak lebih RM9 juta diperuntukkan bagi meringankan beban peniaga dan penjaja kecil serta usahawan mikro negeri ini.

“Antara inisiatif yang di bawah PRE Fasa 4 ini adalah pengecualian sewaan gerai makan milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi tempoh sebulan iaitu pada November yang akan memberi manfaat kepada 10,335 peniaga dan penjaja kecil di kesemua 15 PBT seluruh negeri Perak, dengan peruntukan sebanyak RM1.63 juta.

“Bagi meringankan beban peniaga dan penjaja kecil, kerajaan negeri juga bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak RM4.7 juta bagi menyalurkan bantuan one-off RM500 kepada 9,381 peniaga dan penjaja kecil.

“Ini adalah bantuan one-off kali kedua kepada peniaga dan penjaja kecil selepas Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan tunai RM500 dalam PRE Fasa 2 sebelum ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Faizal berkata, bagi membantu lebih ramai usahawan mikro yang terjejas akibat penularan pandemik Covid-19 ini, kerajaan negeri turut menambah peruntukan sebanyak RM2.7 juta untuk Geran Prihatin Usahawan Perak (GeRUP).

Katanya, di bawah PRE Fasa 2 sebelum ini, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1 juta untuk membantu para usahawan mikro untuk terus kekal berdaya saing. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI