fbpx

568 ditahan ingkar PKPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai 568 individu ditahan semalam atas pelbagai kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 516 individu dikenakan kompaun dan 49 direman manakala tiga lagi dijamin.

Mengulas kesalahan dilakukan, katanya 160 membabitkan kesalahan gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal, aktiviti di pusat hiburan (131), tidak memakai pelitup muka (116) dan gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (56).

“Turut dikenakan tindakan 43 individu kerana kesalahan rentas negeri dan daerah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tanpa kebenaran dan 62 atas lain-lain kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, seramai 42 pendatang asing tanpa izin ditahan dalam Ops Benteng dengan 250 sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan dalam operasi berkenaan membabitkan 56 dilakukan Polis Diraja Malaysia, 185 oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan sembilan oleh Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM).

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguat kuasa akan terus mengetatkan kawalan sempadan terutama di lorong tikus,” ujarnya.

Mengulas mengenai kuarantin wajib, Ismail Sabri berkata, seramai 67,555 individu telah pulang ke tanah air bermula 24 Julai sehingga 14 November lalu melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.

“Daripada jumlah itu, seramai 9,488 individu sedang menjalani kuarantin wajib manakala 388 individu di bawa ke hospital untuk rawatan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI