fbpx

Perak tidak boleh terlalu yakin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DURAKOVIC tidak mahu anak-anak buahnya memandang rendah lawan pada saingan Piala Malaysia kerana dalam bola sepak, apa sahaja boleh berlaku.

Oleh AZIZAN HASHIM

KETUA jurulatih pasukan Pe­rak, Mehmet Durakovic enggan mendabik dada terhadap peluang Perak selepas diundi menentang pasukan Liga Premier, Kelantan United pada pusingan pertama kejohanan Piala Malaysia Sabtu ini

“Saya tidak sekali-kali memandang mudah terhadap kemampuan lawan pertama kami. Dalam pertandingan Piala Malaysia, segala-galanya mungkin berlaku.

“Pasukan kerdil mampu me­numpaskan pasukan gergasi ji­ka tidak berhati-hati kerana tiada yang mustahil dalam bola sepak.

“Tambahan pula, kali ini formatnya berlainan iaitu setiap pasukan hanya mempunyai sa­tu peluang. Ini bererti setiap pasukan turun dengan misi hidup atau mati dalam setiap perlawanan.

“Pasukan yang melakukan ke­silapan sudah pasti akan me­nanggung akibatnya,” kata Du­rakovic kepada Kosmo! semalam.

Mengulas lanjut, Durakovic berharap barisan pemain menggunakan sesi latihan sepanjang minggu ini sebagai azimat untuk beraksi cemerlang dalam usaha melangkah ke pentas suku akhir.

Durakovic turut mengesah­kan barisan pemain seperti Guilherme De Paula, Kenny Pallraj, Mohd. Hafiz Ramdan, Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri dan Chanthacheary Bin masih belum cergas daripada kecederaan yang mereka alami baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI