fbpx

JPJ keluarkan 53 saman dalam Operasi Khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengguna jalan raya dikenakan notis atas pelbagai kesalahan dalam operasi khas JPJ Pontian di Jalan Pekan Nenas-Pontian hari ini.

JOHOR BAHRU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor mengeluarkan sebanyak 53 notis di atas pelbagai kesalahan terhadap kenderaan yang diperiksa dalam operasi khas di Jalan Pekan Nenas – Pontian berhampiran Taman Mutiara, Pontian dekat sini semalam.

Menurut kenyataan di laman Facebook rasmi JPJ Johor, notis tersebut dikeluarkan untuk diambil tindakan bagi kesalahan berkaitan dengan lesen memandu tamat tempoh, tiada lesen memandu dan lain-lain kesalahan teknikal.

Katanya, semua kesalahan tersebut akan diambil tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 dan Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor 1992.

“Operasi yang dibuat di Jalan Pekan Nenas-Pontian itu telah membuat pemeriksaan ke atas semua jenis kenderaan.

“Dari hasil pemeriksaan tersebut, sebanyak 53 notis telah dikeluarkan di atas kesalahan berkaitan dengan lesen memandu tamat tempoh, tiada lesen memandu dan lain-lain kesalahan teknikal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, operasi khas tersebut mendapat penglibatan seramai 16 orang pegawai dan anggota daripada JPJ Cawangan Pontian.

“Aktiviti penguatkuasaan JPJ Johor akan diteruskan bagi memastikan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan lalu lintas dan keselamatan pengguna jalan raya khususnya di negeri ini sentiasa di dalam pemantauan pihak berkuasa.

“Untuk sebarang aduan trafik bolehlah disalurkan kepada http://jpj.spab.gov.my beserta butiran pengadu dan butiran aduan,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI