fbpx

Covid 19: Aktiviti sosial ditangguh selama 14 hari di Ketengah Jaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Semua aktiviti sosial di Ketengah Jaya dekat Dungun ditangguhkan selama 14 hari sehingga 9 November depan.

Oleh NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN

DUNGUN – Penduduk Ketengah Jaya dekat sini dilarang menganjurkan sebarang aktiviti sosial terutama yang berskala besar dalam tempoh 14 hari sehingga 9 November depan.

Pegawai Daerah Dungun, Anuar Awang berkata, penangguhan aktiviti sosial itu termasuk penganjuran kenduri, pasar malam dan semua aktiviti keramaian.

“Arahan ini bertujuan untuk memutuskan rantaian pandemik Covid-19 yang sedang menular di kawasan Ketengah Jaya.

“Penduduk diminta sentiasa mematuhi prosedur operasi standard normal baharu terutama pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan kerap mencuci tangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Anuar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Dungun berkata, individu yang kurang sihat pula diminta agar tidak mengunjungi tempat awam selain mendapatkan rawatan di hospital dan klinik kesihatan berdekatan.

Pada masa sama, beliau juga menasihatkan penduduk Ketengah Jaya agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan awam.

“Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Dungun sentiasa mengemas kini maklumat kepada penduduk secara berkala,” katanya.

Difahamkan, setakat ini, enam daripada 21 pesakit dijangkit Covid-19 dari seluruh Terengganu yang sedang menerima rawatan berasal dari daerah Dungun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI