fbpx

AS catat kes tertinggi Covid-19, 2 hari berturut-turut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai berkumpul untuk membuang undi di Madison Square Garden semasa undian awal pilihan raya Presiden Amerika Syarikat di Bandar Raya New York City semalam. - AFP

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) menyaksikan satu rekod kes harian baharu jangkitan Covid-19 buat dua hari berturut-turut sejak semalam, menurut data daripada Universiti Johns Hopkins.

Negara itu melaporkan sebanyak 88,973 kes jangkitan baharu antara pukul 8.30 malam pada Jumaat lalu (waktu tempatan) dan 8.30 malam semalam, berbanding catatan 79,963 kes sehari sebelum ini.

Sebanyak 8,568,625 kes direkod di AS dengan 224,751 kematian, iaitu catatan paling tinggi di dunia setakat ini.

Krisis paling buruk berlaku di kawasan utara dan barat tengah AS dan kira-kira 35 daripada 50 negeri menunjukkan trend peningkatan jumlah kes.

Jumlah kematian dalam tempoh 24 jam kekal meningkat tetapi dalam keadaan stabil sejak permulaan musim gugur iaitu antara 700 hingga 800 kes. Semalam, AS mencatat 906 kes kematian, menurut data Johns Hopkins. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI