fbpx

PGA Batalion 9 rampas barang seludup lebih RM205,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian pakaian seludup yang dirampas loleh PGA Batalion 9 di tiga buah lokasi sekitar pangkalan haram Pok Mat dan Kampung Lubok Gong, Rantau Panjang.

Oleh YATIMIN ABDULLAH

RANTAU PANJANG – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 merampas pelbagai barangan seludup termasuk dua buah kenderaan bernilai RM205,380 dalam tempoh kurang satu jam di sekitar pangkalan haram Pok Mat dan Kampung Lubok Gong di sini semalam.

Serbuan di tiga lokasi berasingan itu melibatkan rampasan pakaian, kasut, selipar untuk kanak-kanak dan dewasa.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 9, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, pihaknya menjalankan serbuan pada pukul 1 pagi di Pangkalan Haram Pok Mat sebelum melihat sekumpulan lelaki yang sedang melakukan kerja-kerja penyeludupan.

Katanya, mereka bertindak melarikan diri selepas menyedari kehadiran anggota penguatkuasa.

“Hasil pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubithi Pajero membawa kepada penemuan guni mengandungi pakaian dan selipar yang dipercayai di seludup dari negara jiran.

“Nilai rampasan termasuk kenderaan itu dianggarkan bernilai lebih lebih RM106,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Nor Azizan, selepas kejayaan rampasan pertama, anggota PGA kemudian telah bertindak melakukan dua lagi serbuan di dua buah rumah di Kampung Lubok Gong.

Katanya, serbuan pada pukul 1.20 pagi itu telah menemui guni mengandungi pakaian wanita, kasut dan beg bernilai RM50,980 yang disembunyikan di dalam sebuah kereta jenis Proton Waja.

“Anggota PGA telah melakukan serbuan ketiga 20 minit kemudian berhampiran rumah berkenaan di kampung yang sama.

“Pemeriksaan di kawasan itu menemui guni mengandungi pakaian wanita, kasut, selipar yang disembunyikan di bawah rumah,” katanya.

Nor Azizan berkata, barangan bernilai RM47,650 itu baru sahaja dibawa masuk ke negara ini sebelum dihantar ke lokasi tertentu oleh kumpulan penyeludup. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI